Posted by Sound System on 00:52 1 comment
 Sewa Sound System Murah dan Berkualiti.

Admin ingin kongsikan kaedah untuk mendapatkan sewa sound system yang murah dan berkualiti untuk majlis anda.

Mahal tidak semestinya berkualiti dan murah tidak semestinya tidak berkualiti,namun takrifan murah ini bukanlah bermaksud terlalu murah tapi harga yang ditawarkan berpadanan penggunaan sound system di majlis anda.

Tertipu dengan harga terlalu murah?

Jangan tertipu dengan harga yang terlalu murah kerna terdapat juga penipuan online seperti mana yang berlaku untuk perniagaan online yang lain maka pastikan syarikat sound system yang anda tempah itu berdaftar dan aktif dalam perniagaan,JANGAN pula anda telah bayar tetapi diketika majlis tiada pihak sound system yang anda tempah memeriahkan majlis tersebut.

Harga yang terlalu murah yang ditawarkan melalui sebilangan blog juga mungkin disebab terdapat caj tambahan seperti caj pengangkutan(tidak dinyatakan diblog tapi dicaj selepas majlis berlangsung). Maka lakukan rundingan harga melalui talian untuk memastikan harga tawaran secara penuh.  

Cara mendapatkan sewa sound system yang berkualiti dan berpadanan dengan harga yang ditawarkan.

Tempahan sewa sound system/karaoke system dan dj kini untuk pelbagai majlis seperti majlis akad nikah sahaja,majlis perkahwinan,majlis ulang tahun kelahiran,majlis tahunan syarikat,aktiviti sukan tadika/sekolah/kolej/universiti,mesyuarat-mesyuarat dan lain-lain jenis majlis.

Kini terdapat juga majlis-majlis tersebut diuruskan oleh syarikat "Event Planner" atau "Event Management". Seandai harga sewa sound system yang ditawarkan memadai penggunaan majlis anda maka anda boleh teruskan tempahan sound system tersebut melalui pihak tersebut namun seandai harga yang ditawarkan terlalu mahal maka anda boleh membuat pengasingan tempahan iaitu anda sendiri menguruskan tempahan sound system untuk majlis anda. Pengasingan tempahan sound system dari "Event Management" untuk majlis anda sebenarnya mampu mengurangkan sedikit kos anda atau memastikan anda berpuas hati dengan sound system dimajlis anda. Untuk majlis anda mungkin anda memerlukan 8 chanel microphone atau lebih kerna mungkin anda ada membuat tempahan marhaban/kuayer/band/nasyid/lain maka anda membuat tempahan dan pembayaran mengikut keperluan kegunaan di majlis anda namun mampukah anda menjamin bahawa pihak "Event Management" turut membuat tempahan dan pembayaran sound system mengikut penggunaan di majlis anda kepada syarikat sound system atau ia sekadar membuat tempahan dan pembayaran untuk set karaoke dan dj kepada syarikat sound system? Seandai anda percayakan syarikat Event Management yang anda tempah maka anda boleh membuat tempahan sound system melalui Event Management tersebut,jika tidak anda boleh membuat pengasingan tempahan sound system iaitu anda sendiri menguruskan tempahan sound system. Ia untuk mengelakkan anda tertipu atau syarikat sound system tertipu dimajlis anda atau salahfaham dalam tempahan sound system di majlis anda.

Selidik dan kaji syarikat sound system yang anda ingin tempah,pastikan syarikat tersebut berdaftar dan aktif dalam perniagaan. Kaji pengunaan sound system untuk majlis anda dan lakukan rundingan harga dengan syarikat sound syatem. Ini untuk memastikan harga yang ditawarkan berpadanan dengan penggunaan sound system di majlis anda.

Lakukan tempahan sound system dengar jujur. Seandai anda sekadar memerlukan pakej karaoke dan dj (3/4 mic,Speaker 15x2 +12x2) maka lakukan tempahan untuk pakej karaoke dan dj (3/4 mic,Speaker 15x2 + 12x2). Ketidakjujuran anda dalam tempahan mungkin menyebabkan kekurangan mic dan kekuatan speaker,maka itu adalah kesalahan anda (syarikat sound system hanya bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan persandarkan tempahan dan pembayaran,syarikat sound system juga berhak membuat caj tambahan jika berlaku tambahan kegunaan di majlis anda).

Penyataan dan penafian

Penulisan ini adalah menjaga hak-hak pengguna,Event Management dan syarikat sound system. Ianya juga untuk mengelakkan penipuan atau salahfaham dalam sebarang tempahan sound system.

Penulisan ini bukanlah untuk  menutup "periuk nasi" mana-mana pihak.
Comments
1 Comments

1 ulasan:

Sewa Sound System / PA System dan Dj di Selangor said...

Sewa Sound System / PA System dan Dj di Selangor http://sellsound.blogspot.com/2013/09/SewaSoundSystemdanDj.html